Saturday, January 30, 2010

Tugas Pengawas

Antara tugas dan tindakan pengawas yang terkandung dalam Buku Panduan Undnag-undang dan Peraturan Sekolah adalah seperti :-

1. Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dipatuhi dan disiplin dikekalkan.
2. Memeriksa kebersihan bilik-bilik darjah dan kawasan sekolah serta melaporkan kepada Guru Pengawas dan Guru Bertugas.
3. Memperhatikan pakaian, kebersihan serta kelakuan pelajar-pelajar pada setiap masa dalam persekolahan termasuk ketika kegiatan kokurikulum.
4. Menjalankan tugas yang diberikan oleh Guru Pengawas.
5. Mengambil tindakan segera apabila berlaku keadaan yang melanggar peraturan sekolah dan undnag-undang sekolah seperti keadaan bising di kantin, bilik darjah, murid berkelakuan biadab, murid membuangsampah merata-rata dan sebagainya.
6. Jika tindakan tidak dapat dijalankan oleh pengawas, maka suatu laporan haruslah segera disampaikan kepada Guru Pengawas/Guru Bertugas. Contohnya: kes murid menentang tugas pengawas dan sebagainya.
7. Mengendalikan semua perhimpunan murid,
8. Wajib menghadiri perjumpaan pengawas.

Laman Blog Pengawas SMK Bandar Puchong Jaya (A)

Lembaga Pengawas berbesar hati mengucapkan selamat datang kepada semua yang mengunjungi blog ini. Blog ini ditubuhkan untuk memudahkan segala urusan yang berkenaan dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pengawas sekolah dari semasa ke semasa. Harap anda berpuas hati akan hasil yang diberikan oleh kami yang baru setahun jagung ini. Selamat datang dan terima kasih.


Ikhlas,
Lembaga Pengawas SMK BPJA