Wednesday, April 7, 2010

Tahniah Pengawas Percubaan!

Untuk pengetahuan semua, berikut adalah senarai nama
Pengawas Percubaan yang BERJAYA.
  1. Lashini (1 UM)
  2. Nadine Natasha Paul (1 UM)
  3. Putera Dinie (1 UM)
  4. Diyana Aqirah (1 UKM)
  5. Kabindren (1UPM)
  6. Eva Emelia (1 USM)
  7. Siti Aishah (1 UTM)
  8. Wong Wein Kein (1 UUM)

Kepada yang tidak berjaya, SYABAS diucapkan kerana menyahut cabaran ini!!

Wednesday, March 10, 2010

Temu Duga Pengawas Percubaan 1 Sesi 2010/2011

Temu duga pertama akan dijalankan berdasarkan ketetapan berikut:

Tempat : Bilik Pengawas
Tarikh : 12 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : 11.20 pagi

Antara yang akan diuji untuk temu duga adalah:
  1. Misi dan Visi Sekolah
  2. Ikrar Rukun Negara & Sekolah
  3. Pentadbir Sekolah
  4. Guru-guru Unit HEM
  5. AJK Majlis Tertinggi Pengawas 2009/2010
  6. Peraturan / Undang-undang Sekolah

Sila hadirkan diri tepat pada jam 11.20pagi di Bilik Pengawas.

Sunday, March 7, 2010

Notis- Perhimpunan Isnin (8/03/2010)

Pengerusi Majlis- Jacquelyne Anne Boudeville
Ikrar Rukunegara- Aaron Hoong
Ikrar Sekolah- Harvendrra

***Semua Pengawas haruslah berpakaian uniform lengkap pada setiap hari Isnin semasa waktu perhimpunan.

Harap maklum.

Pengawas Percubaan Sesi 2010/2011

Pencalonan Pengawas-pengawas Percubaan Sesi 2010/2011 telah dijalankan dan Senarai Nama Pengawas Percubaan baharu akan dikeluarkan pada minggu ini. Dalam tempoh Percubaan, calon-calon akan menjalani temu duga dan percubaan. Diharapkan calon-calon Pengawas Percubaan Sesi 2010/2011 dapat menjalani proses percubaan ini dengan jayanya.

Semoga Berjaya dan Selamat Bertugas!

Monday, February 15, 2010

Selamat Tahun Baharu Cina

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua rakan seperjuangan serta semua warga SMK Bandar Puchong Jaya (A). Selamat Bercuti. Jumpa di sekolah pada 22 Februari 2010.

Ikhlas,
Lembaga Pengawas

Friday, February 5, 2010

Notis- Perhimpunan Isnin (8/02/2010)

Pengerusi Majlis- Intan Nur Balqis
Ikrar Rukunegara- Lee Phaik Kim
Ikrar Sekolah- Kartik

***Semua Pengawas haruslah berpakaian uniform lengkap pada setiap hari Isnin semasa waktu perhimpunan.

Harap maklum.

Saturday, January 30, 2010

Tugas Pengawas

Antara tugas dan tindakan pengawas yang terkandung dalam Buku Panduan Undnag-undang dan Peraturan Sekolah adalah seperti :-

1. Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dipatuhi dan disiplin dikekalkan.
2. Memeriksa kebersihan bilik-bilik darjah dan kawasan sekolah serta melaporkan kepada Guru Pengawas dan Guru Bertugas.
3. Memperhatikan pakaian, kebersihan serta kelakuan pelajar-pelajar pada setiap masa dalam persekolahan termasuk ketika kegiatan kokurikulum.
4. Menjalankan tugas yang diberikan oleh Guru Pengawas.
5. Mengambil tindakan segera apabila berlaku keadaan yang melanggar peraturan sekolah dan undnag-undang sekolah seperti keadaan bising di kantin, bilik darjah, murid berkelakuan biadab, murid membuangsampah merata-rata dan sebagainya.
6. Jika tindakan tidak dapat dijalankan oleh pengawas, maka suatu laporan haruslah segera disampaikan kepada Guru Pengawas/Guru Bertugas. Contohnya: kes murid menentang tugas pengawas dan sebagainya.
7. Mengendalikan semua perhimpunan murid,
8. Wajib menghadiri perjumpaan pengawas.

Laman Blog Pengawas SMK Bandar Puchong Jaya (A)

Lembaga Pengawas berbesar hati mengucapkan selamat datang kepada semua yang mengunjungi blog ini. Blog ini ditubuhkan untuk memudahkan segala urusan yang berkenaan dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pengawas sekolah dari semasa ke semasa. Harap anda berpuas hati akan hasil yang diberikan oleh kami yang baru setahun jagung ini. Selamat datang dan terima kasih.


Ikhlas,
Lembaga Pengawas SMK BPJA